Persepsi Penduduk Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Terhadap Pengurusan Sampah Isi Rumah Menurut Pendekatan Islam Hadhari

Museni, Fatimah and Kadikon, Sulaiman (2008) Persepsi Penduduk Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Terhadap Pengurusan Sampah Isi Rumah Menurut Pendekatan Islam Hadhari. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi penduduk Islam di Zon Pakis, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor terhadap pengurusan sampah isi rumah menurut pendekatan Islam Hadhari. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk terhadap masalah pengurusan sampah, sikap penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah dan persepsi penduduk terhadap pendekatan Islam Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah. Sampel kajian adalah seramai 201 orang responden yang terdiri daripada penduduk yang beragama Islam, di Zon Pakis, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi empat soalan berkaitan latar belakang responden dan 32 item soalan berkaitan persoalan kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.874. Data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) for windows version 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden memberikan persepsi yang positif terhadap persoalan kajian. Nilai min yang diperolehi ialah 4.33 bagi tahap pengetahuan terhadap masalah pengurusan sampah, 3.97 bagi sikap penduduk terhadap pengurusan sampah isi rumah dan 4.48 bagi persepsi penduduk terhadap pendekatan Islam Hadhari mengenai pengurusan sampah isi rumah. Beberapa cadangan turut dikemukakan kepada beberapa pihak tertentu untuk diambil perhatian. Diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak untuk lebih memahami pengurusan sampah isi rumah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08429
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13272

Actions (login required)

View Item View Item