Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Jaafar, Khamsawati and Abd Rahman, Mohd Anuar (2008) Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam bandar Di Daerah Kuantan, Pahang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pentaksiran kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dilaksanakan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran di bawah sistem baru penilaian pendidikan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang guru-guru KHB sekolah menengah dalam bandar di daerah Kuantan, Pahang yang telah dilantik sebagai pentaksir. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibina berpandukan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB Kajian rintis telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.89. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Penganalisaan data turut menggunakan kaedah statistik inferensi ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru KHB dalam melaksanakan kerja kursus KHB adalah tinggi manakala tahap kemahiran dan sikap guru pula adalah sederhana tinggi. Bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB pula adalah berpunca dari diri guru sendiri yang tidak mempunyai masa mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus telah menambah beban tugas mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap antara jantina dalam melaksanakan kerja kursus. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk penambahbaikan dan memastikan keberkesanan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus KHB

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08426
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13269

Actions (login required)

View Item View Item