Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus Oleh Pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (kkypj) Terhadap Kursus Pertanian (landskap Dan Nurseri) Yang Ditawarkan

Mohd, Mahadhir and Buntat, Yahya (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus Oleh Pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (kkypj) Terhadap Kursus Pertanian (landskap Dan Nurseri) Yang Ditawarkan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk soal selidik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-fakor yang mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) terhadap kursus pertanian (landskap dan nurseri) yang ditawarkan. Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Populasi kajian adalah semua pelajar semester 1 dan 2 yang mengikuti kursus pertanian (Landskap dan Nurseri). Keseluruhan populasi seramai 50 orang responden menjadi kajian. Data-data yang dikumpul menggunakan kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS for window 13.0 serta dilaporkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Landskap dan Nurseri ini mempunyai tahap yang tinggi dan positif terhadap faktor minat, kemudahan yang disediakan, motivasi dan rakan sebaya. Oleh yang sedemikian, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan serta mengekalkan tahap yang ada sekarang berterusan di masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08425
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13268

Actions (login required)

View Item View Item