Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Belia Melayu Di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Memilih Sektor Pertanian Sebagai Satu Kerjaya

Osman, Asadul Khair and Buntat, Yahya (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Belia Melayu Di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Memilih Sektor Pertanian Sebagai Satu Kerjaya. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi belia melayu terhadap pemilihan sektor pertanian sebagai satu kerjaya. Bagi menjalankan kajian ini, seramai 60 orang belia melayu berusia antara 15 hingga 40 tahun di FELDA Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim telah menjadi subjek kajian. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti pengaruh minat, ganjaran, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga dan rakan sebaya dalam pemilihan sektor pertanian sebagai kerjaya. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data dan dibentangkan dalam bentuk peratus dan min berdasarkan lima aspek iaitu pengaruh minat, ganjaran, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga dan rakan sebaya. Nilai kebolehpercayaan Alpha ialah 0.776. Semua data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 13.0 untuk memperolehi frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati pengaruh ganjaran dalam menjadikan sektor pertanian sebagai pilihan kerjaya mencatatkan purata min yang tertinggi iaitu 3.78. Pengaruh minat dan latar belakang pendidikan juga mencatatkan pengaruh yang tinggi. Namun begitu pengaruh yang sederhana dicatatkan keatas pengaruh latar belakang keluarga dan rakan sebaya. Diakhir kajian, penyelidik telah mengekemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak tertentu agar dapat memberikan persepsi yang positif kepada belia Melayu untuk menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08424
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13267

Actions (login required)

View Item View Item