Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Tuanku jaafar, Seremban

Shaharin, Nurul Shahrina and Hamdan, Abdul Rahim (2008) Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Tuanku jaafar, Seremban. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam berdasarkan kepada tiga aspek iaitu tahap minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada. Sampel kajian terdiri daripada 74 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.906. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 15.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar berada pada tahap sederhana. Ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara tahap minat dan kemahiran bahasa Inggeris pelajar di antara pelajar yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Manakala terdapat perbezaan tahap pengetahuan sedia ada antara kawasan tempat tinggal. Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai tahap yang tinggi dalam pendidikan di negara kita. Beberapa cadangan dikemukakan sebagai satu garis panduan untuk kajian lanjutan dilaksanakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08423
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13266

Actions (login required)

View Item View Item