Penggunaan Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan Awam Uitm, Sarawak

Abang Madni, Dayang Rozina and Abu Bakar, Zainudin (2008) Penggunaan Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan Awam Uitm, Sarawak. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Terdapat tiga persoalan kajian yang dikaji iaitu faktor sikap, faktor rakan sebaya dan faktor ibu bapa yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Seramai 243 orang terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Sarawak. Satu set soal selidik yang mengandungi 32 item telah dikemukakan kepada responden. Kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach (α) 0.8377. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Penganalisaan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa faktor sikap, rakan sebaya dan ibu bapa berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi penguasaan bahasa Inggeris. Di akhir kajian ini juga disertakan beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan lanjutan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08421
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13264

Actions (login required)

View Item View Item