Persepsi Pelajar-pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran Hidup) Terhadap Amalan Pemakanan Keluarga

Mohd Jamal, Jamaliah and Mohd Said, Mohd Rizal (2008) Persepsi Pelajar-pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran Hidup) Terhadap Amalan Pemakanan Keluarga. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pemakanan keluarga terhadap tiga aspek yang dikaji iaitu model keluarga, struktur pemakanan keluarga dan gaya pemakanan keluarga. Seramai 71 orang pelajar tahun akhir kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang menamatkan pengajian pada sesi II 2007/2008 dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan set borang soal selidik kepada responden. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package for Science (SPSS) versi 13.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan responden mempunyai amalan pemakanan yang tinggi dari dua aspek yang dikaji iaitu model keluarga, dan gaya pemakanan keluarga kecuali struktur pemakanan keluarga berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk penambahbaikan dalam amalan pemakanan keluarga khususnya dari aspek struktur pemakanan keluarga. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang turut dicadangkan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08420
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13263

Actions (login required)

View Item View Item