Latihan Rectus Abdominis Yang Sesuai Untuk Atlet Hoki wanita Negeri

Ismail, Norhafizah and Mohd Hashim, Asha Hasnimy (2008) Latihan Rectus Abdominis Yang Sesuai Untuk Atlet Hoki wanita Negeri. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan kontraksi otot rectus abdominis semasa membongkokkan badan bagi kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki dengan latihan bangkit tubi, crunches dan curl-up. Subjek terdiri daripada empat orang atlet hoki wanita negeri yang akan bertanding pada SUKMA 2008 di Terengganu yang berumur di antara 15 hingga 19 tahun dan masing-masing mempunyai Body Mass Index (BMI) pada tahap normal. Ujian dijalankan dengan melakukan empat jenis aktiviti iaitu lakuan membongkokkan badan seperti kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki, bangkit tubi, crunches dan curl-up. Aktiviti otot rectus abdominis subjek diukur dengan menggunakan Biopac Student Lab: Lesson 1 (Electromyography). Data mentah dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa dengan aktiviti bangkit tubi bagi quadrant 1 dan dengan curl-up bagi quadrant 3 dan menerima hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa dengan aktiviti crunches kedua-dua quadrant 1 dan 3, curlup bagi quadrant 1 dan bangkit tubi bagi quadrant 3. Oleh yang demikian, hipotesis nol ditolak yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05. Secara kesimpulannya, lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki sesuai dengan latihan bangkit tubi bagi quadrant 1 dan latihan crunches pula sesuai bagi quadrant 3.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08419
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13262

Actions (login required)

View Item View Item