Perbandingan Kapasiti Anaerobik Antara Pemain Futsal Dan pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia Dengan menggunakan Ujian Wingate

Mohd, Mohd Redzuan and Zainuddin, Zainal Abidin (2008) Perbandingan Kapasiti Anaerobik Antara Pemain Futsal Dan pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia Dengan menggunakan Ujian Wingate. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan kapasiti anaerobik antara pemain futsal dan pemain bola sepak dengan menggunakan Ujian Wingate. Subjek terdiri daripada lima orang pemain futsal dan lima orang pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia yang berumur di antara 20 hingga 26 tahun dan mempunyai Body Mass Index (BMI) pada tahap normal. Ujian Wingate dilakukan dengan menggunakan basikal ergometer dengan menetapkan rintangan berpandukan berat badan serta kayuhan dengan kelajuan maksima selama 30 saat. Data mentah yang diperolehi akan dikira dengan empat langkah formula iaitu Peak Power Output (PP), Relative Peak Power (RPP), Anaerobic Fatigue (AF) dan Anaerobic Capacity (AC). Data mentah juga dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras keertian p < 0.05. Secara kesimpulannya, kapasiti anaerobik pemain futsal dan pemain bola sepak adalah berada pada tahap yang sama.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08418
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13261

Actions (login required)

View Item View Item