Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran hidup Tahun Lima Di Tiga Buah Sekolah Kebangsaan Di daerah Kuala Terengganu

Tn. Dagang, Tn. Hayati @ Tn. Norhayati and Lokman, Mohd Tahir (2008) Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran hidup Tahun Lima Di Tiga Buah Sekolah Kebangsaan Di daerah Kuala Terengganu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk meninjau pelaksanaan Kemahiran Hidup di kalangan murid tahun lima. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 223 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan bengkel, penggunaan peralatan dan bahan, kemahiran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta faktor persekitaran yang mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = .90. Kaedah soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumbalas dari responden. Data-data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science Version 11.5) untuk mendapatkan stastistik deskriptif seperti frekuensi, peratus dan min. Keseluruhan hasil kajian ini dapat menggambarkan bahawa pelaksanaan sukatan Kemahiran Hidup tahun lima di tiga buah sekolah di daerah Kuala Terengganu berada pada tahap memuaskan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah kelemahan dalam penyediaan kemudahan di bengkel supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08416
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13259

Actions (login required)

View Item View Item