Persepsi Pelajar Tingkatan Empat terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan

Abd Rahman, Zulzamri (2008) Persepsi Pelajar Tingkatan Empat terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar, interaksi guru-pelajar, aktiviti pembelajaran pelajar, dan penilaian yang dilakukan oleh guru. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 responden dari satu kelas keseluruhan yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik yang disediakan di mana bahagian A merangkumi maklumat yang berkaitan dengan diri responden manakala bahagian B adalah berkaitan dengan persoalan kajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows versi 14.0 untuk mendapatkan nilai taburan kekerapan, peratusan dan min. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang responden pelajar tingkatan lima dari sekolah yang sama untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Hasilnya, didapati nilai alpha yang diperoleh 0.894 manakala piawaian bagi item alpha ialah 0.925. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar-pelajar terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah bersifat neutral. Ini menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan belum sampai ke tahap yang memuaskan pada pandangan pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08414
Subjects: Linguistics Education > TESL
Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13257

Actions (login required)

View Item View Item