Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris Pelajar Tahun Satu fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Marjuki @ Ismail, Sopiah and Sihes, Ahmad Johari (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris Pelajar Tahun Satu fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengakaji faktor latar belakang pelajar, pengajaran pensyarah, sikap pelajar dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, yang menggunakan 150 orang pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan. Sampel yang dipilih adalah secara rawak kelompok. Instrumen yang digunakan ialah dengan soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu maklumat diri dan faktor-faktor yang dikaji. Soal selidik diuji melalui kajian rintis bagi mendapatkan kebolehpercayaan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS). Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian yang berada di tahap min yang tinggi, ialah faktor pengajaran pensyarah dan faktor sikap. Faktor-faktor yang berada di tahap sederhana ialah faktor rakan sebaya dan faktor latarbelakang. Beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah diberikan agar dapat meningkatkan lagi pencapaian pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08412
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13255

Actions (login required)

View Item View Item