Faktor-faktor Yang Mendorong Pelajar-pelajar tingkatan 4 Memilih Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai Mata Pelajaran Elektif Di Smk Mutiara Rini skudai, Johor

Atan, Masmera and Boon, Yusof (2008) Faktor-faktor Yang Mendorong Pelajar-pelajar tingkatan 4 Memilih Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai Mata Pelajaran Elektif Di Smk Mutiara Rini skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian secara deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal-pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar Tingkatan 4 memilih mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di SMK Mutiara Rini, Skudai, Johor. Faktor-faktor yang dikaji ialah minat pelajar, dorongan rakan sebaya, keluarga dan guru. Seramai 35 orang responden yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi 26 item berdasarkan kepada skop kajian. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A, melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan respon responden terhadap aspek yang dikaji. Kesahan item dalam soal selidik telah dilakukan oleh dua orang pakar bidang. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dalam kajian rintis, dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.9288. Analisis kajian dibuat berdasarkan frekuensi, peratusan dan min serta data diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science) versi 11.5. Hasil kajian menunjukkan responden memberi jawapan yang positif terhadap keempat-empat aspek yang dikaji dengan jumlah keseluruhan min keempat-empat persoalan kajian menunjukkan nilai yang sederhana. Faktor dorongan yang paling mempengaruhi pelajar ialah faktor minat, diikuti oleh faktor guru dan rakan sebaya. Faktor yang paling kurang memberi kesan kepada pelajar dalam pemilihan mata pelajaran tersebut ialah faktor keluarga. Berdasarkan dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap faktor pendorong pelajar memilih mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di SMK Mutiara Rini, Skudai mengikut jantina. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk kajian akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08411
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13254

Actions (login required)

View Item View Item