Penerapan Kemahiran Insaniah Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengambil Kursus Sains Komputer Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Khoo, Vee Lynn and Atan, Noor Azean (2008) Penerapan Kemahiran Insaniah Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengambil Kursus Sains Komputer Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Guru perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan pengetahuan teknikal atau bidang tertentu tetapi juga dengan kemahiran insaniah yang mempunyai nilai tambah merentasi bidang disiplin yang dipelajari. Kemahiran insaniah adalah penting supaya guru pelatih boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat menghadapi cabaran dan keperluan tempat kerja. Oleh demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesedaran dan tahap guru pelatih Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik, Fizik dan Kimia) terhadap tujuh atribut kemahiran insaniah yang diterapkan dalam Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, penyelidik mengenalpasti hubungan antara subjek Sains Komputer serta perbezaan signifikan antara ketiga-tiga kumpulan guru pelatih terhadap penerapan kemahiran insaniah. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan UTM diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi dikaji dengan menggunakan SPSS 11.5 for Windows. Hasil kajian ini mendapati kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah yang paling banyak diterapkan dalam peningkatan kemahiran insaniah guru pelatih UTM dan seramai 86.7% guru pelatih bersetuju bahawa subjek Teknologi Grafik, Animasi dan Video dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah. Kajian ini dijangka dapat dimanfaatkan oleh IPT dalam menerapkan kemahiran generik dan kemahiran IT yang relevan di fakulti masing-masing.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08410
Subjects: Higher Education > Teacher education
Social Aspects of Education > Generic Skills
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13253

Actions (login required)

View Item View Item