Pembinaan Perisian Pengajaran Berbantu komputer (pbk) Basic Autocad 2007 (2d) Bagi Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu komputer

Anoar, Azreen and Sidek, Rosni Zamuddin Shah (2008) Pembinaan Perisian Pengajaran Berbantu komputer (pbk) Basic Autocad 2007 (2d) Bagi Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu komputer. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer (SPE 2112) atau turut dikenali sebagai AutoCAD yang tersenarai dalam Pakej Sains Tulen-Teknologi di Universiti Teknologi Malaysia, UTM bermatlamat untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan serta melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara grafik. Oleh kerana AutoCAD memerlukan pembentukan konsep yang tepat, maka perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Basic AutoCAD 2007 (2D) yang dibangunkan ini akan memberi kesan positif terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Pembangunan perisian ini menggabungkan kesemua elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio supaya perisian ini lebih menarik dan interaktif. Ia juga mesra pengguna dan efektif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Perisian yang dibangunkan menggunakan Adobe Flash, SWF & FLV Toolbox 3.5, Adobe Photoshop dan Soundforge 7.0 ini disiapkan dalam bentuk pakej cakera padat (CD). Diharapkan perisian ini dapat memberikan pembelajaran seumur hidup dan meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sejajar dengan perkembangan teknologi.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08408
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13251

Actions (login required)

View Item View Item