Pembinaan Dan Penilaian Panduan Pengajaran menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan

Sarip@sharif, Norhayati and Ismail, Sarimah (2008) Pembinaan Dan Penilaian Panduan Pengajaran menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Panduan Pengajaran ialah bahan rujukan dan panduan untuk memudahkan pengajaran. Kajian ini mengaplikasi rekabentuk kajian deskriptif tinjauan bagi menilai keberkesanan tiga Panduan Pengajaran yang dibina bertajuk Pengenalan Pendekatan Penyelesaian Masalah bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan, Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah dalam Pengajaran Hidangan Barat dan Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah dalam Pengajaran Hidangan Melayu. Seramai lapan belas orang pensyarah yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan telah terlibat dalam penilaian bagi tiga Panduan Pengajaran yang dibina. Borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian terdiri daripada bahagian A yang mengandungi item berhubung latar belakang responden dan bahagian B mengandung 20 item yang berhubung dengan pembolehubah kesesuaian struktur ayat, isi kandungan mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan, format, ilustrasi dan aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah. Data data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan nilai signifikan bagi ujian- T. Hasil kajian menunjukkan ketiga tiga Panduan Pengajaran yang dibina adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan rujukan untuk membantu pensyarah dalam pengajaran mereka bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar penilai terhadap aspek dinilai iaitu kesesuaian struktur ayat, isi kandungan, aplikasi penggunaan pendekatan penyelesaian masalah, ilustrasi dan format bagi ketiga tiga Panduan Pengajaran tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08407
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13250

Actions (login required)

View Item View Item