Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar sekolah Menengah

Zakaria, Nazatul Akma (2008) Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar sekolah Menengah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Responden bagi kajian ini adalah ibu bapa Melayu muslim bandar yang tinggal di Taman Melur, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Populasi bagi kajian ini adalah seramai 260 orang ibu bapa Melayu muslim bandar. Keseluruhan populasi menjadi sampel kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik bagi kajian ini adalah menggunakan skala Likert yang mengandungi 30 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences Windows (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach s Alpha 0.896. Dapatan kajian menunjukkan persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap pemilikan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah pada tahap min yang sederhana iaitu dengan nilai min 3.03, diikuti dengan persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah pada tahap min yang sederhana iaitu dengan nilai min 2.90 dan kecenderungan ibu bapa Melayu muslim bandar untuk membelikan telefon bimbit kepada anak-anak berada pada tahap min sederhana iaitu dengan nilai min 2.97. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08406
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13249

Actions (login required)

View Item View Item