Kesediaan Pelajar Mempelajari Matapelajaran Pengajian kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Terenggganu, terengganu.

Mohd Azmi, Nor Syahirah and Hamdan, Abdul Rahim (2008) Kesediaan Pelajar Mempelajari Matapelajaran Pengajian kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Terenggganu, terengganu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk kesediaaan pelajar dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Kajian ini dilakukan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 110 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan masa. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α = 0.906. Data dan maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statical Package For Social Science (SPSS) Versi 13.0 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi, peratusan dan min serta analisis inferensi dalam ujian-t. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi semua aspek iaitu minat pelajar, kemahiran bahasa Inggeris dan juga pengetahuan sedia ada di kalangan pelajar berada ditahap sederhana dalam mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Ujian-t mendapati terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada dan tidak terdapat perbezaan minat serta kemahiran bahasa Inggeris di antara jantina dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Hasil kajian ini boleh dilanjutkan lagi kajian-kajian yang melibatkan bilangan sampel yang lebih besar dan kajian yang lebih meluas lagi pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08405
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:43
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13248

Actions (login required)

View Item View Item