Hubungan Masa Pembelajaran Akademik Dan Pencapaian Kemahiran Dalam Pendidikan Jasmani

Mohd Saipi, Halidin and Julismah, Jani (2008) Hubungan Masa Pembelajaran Akademik Dan Pencapaian Kemahiran Dalam Pendidikan Jasmani. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kadar masa pembelajaran akademik (motor), membandingkan masa pembelajaran akademik di antara pelajar lelaki dan perempuan juga mengenalpasti hubungan masa pembelajaran akademik dengan pencapaian kemahiran pelajar dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di daerah Kulai dengan jumlah sampel seramai 18 orang iaitu 9 lelaki dan 9 perempuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2. Kaedah yang digunakan adalah kaedah pemerhatian yang berasaskan jeda masa. Kaedah ini diasaskan oleh Siedentop, Birdwell dan Metzler (1979) dan diubah suai oleh Julismah (2000). Hasil kajian mendapati kadar masa pembelajaran akademik keseluruhan sampel yang dikaji berada pada tahap yang rendah iaitu 35.48%. Pelajar perempuan mempunyai kadar penguasaan yang lebih tinggi iaitu 39.05% berbanding pelajar lelaki iaitu 31.66%. Kajian juga mendapati bahawa hubungan masa pembelajaran akademik dengan pencapaian pelajar adalah pada tahap yang sederhana dengan nilai r = .42. Namun pelajar perempuan mempunyai pencapaian akademik yang tinggi iaitu 15.07% berbanding pelajar lelaki iaitu 12.9%. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan masa pembelajaran akademik yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan iaitu nilai signifikannya ialah .00. Justeru itu, guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar, iaitu memberikan tugasan belajar agar pelajar dapat meluangkan masa belajar dalam kadar yang banyak untuk mencapai masa pembelajaran akademik. Masa pembelajaran akademik (motor) mempunyai hubungan dengan pencapaian kemahiran pelajar.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Masters" not defined])
Subjects: ?? Ac4 ??
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1324

Actions (login required)

View Item View Item