perbandingan Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan posisi Atlet Sepak Takraw Peringkat Universiti

Jamaluddin, Mohammad Azuan and Ibrahim, Halijah (2011) perbandingan Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan posisi Atlet Sepak Takraw Peringkat Universiti. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membuat perbandingan intensiti perlawanan di kalangan atlet sepak takraw mengikut kumpulan posisi pemain tekong, apit kiri dan apit kanan berdasarkan tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik. Subjek kajian terdiri daripada enam orang atlet sepak takraw peringkat universiti (21.3 + 0.8 tahun, 66.7 + 11.5 kg dan 175.2 + 5.1 cm) yang bermain mengikut posisi masing-masing. Kajian ini melibatkan 2 fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II). Fasa I melibatkan ujian di dalam makmal di mana subjek dikehendaki berlari di atas treadmill sehingga mencapai tahap keletihan maksimum, manakala Fasa II melibatkan perlawanan simulasi di mana subjek bermain mengikut posisi masing-masing dengan pasukan yang setaraf mengikut tempo masa permainan sebenar dengan sela masa rehat 2 minit setiap set. Analisis ujian makmal mencatatkan min kadar nadi maksimum bagi ketiga-tiga kumpulan posisi ialah tekong (151.5 + 13.8 bpm), apit kiri (158 + 15.4 bpm) dan apit kanan (163.5 + 19.9 bpm). Di samping itu, min asid laktik (LApost) selepas ujian makmal bagi kumpulan posisi pemain tekong, apit kiri dan apit kanan masingmasing mencatatkan 5.8 + 3.0 mmol/L, 7.6 + 3.0 mmol/L dan 5.6 + 0.4 mmol/L. Analisis ANOVA sehala menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi intensiti perlawanan berdasarkan tindak balas kadar nadi di kalangan atlet sepak takraw mengikut kumpulan posisi tekong, apit kiri dan apit kanan. Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi intensiti perlawanan berdasarkan konsentrasi asid laktik di kalangan atlet sepak takraw peringkat universiti (P 0.05). Oleh itu, kajian ini menunjukkan tiada perbezaan intensiti perlawanan yang signifikan bagi setiap kumpulan posisi pemain tekong, apit kiri dan apit kanan semasa perlawanan sepak takraw.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10136
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:24
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13223

Actions (login required)

View Item View Item