Rekacipta Instrumen Multipurpose Step Test

Muhamad Hanapiah, Muhamad Riduan Efandy and Mohd Nor, Mohad Anizu (2011) Rekacipta Instrumen Multipurpose Step Test. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini merupakan satu projek rekacipta instrumen multipurpose step test yang digunakan sebagai medium menguji kecergasan kardiovaskular seseorang. Alat ini menggunakan teknologi elektronik yang ditetapkan light timer mengikut ujian sebenar atau kaedah manual. Penggunaan gabungan cahaya dalam alat ini merupakan sesuatu yang baru berbanding penggunaan alat yang manual. Objektif utama kajian ini adalah Mewujudkan satu alat untuk ujian step test secara berelektronik serta pelbagai guna. Penyelidik menggabungkan unsur 4 jenis ujian step test (Harvard Step Test, Queen Step Test , YMCA 3 Minutes Step Test dan sharkey step test) dalam satu alat yang boleh dilaras untuk kegunaannya. Selain daripada itu, penyelidik juga mendapat persepsi responden seramai 30 orang (n=30) untuk data soal selidik yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti teknologi Malaysia. Data ujikaji tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 15.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa instrumen multipurpose step test tersebut mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan sebagai medium pengujian kecergasan kardiovaskular seseorang. Alat yang dicipta juga mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini adalah berdasarkan daripada ujian ulang uji, yang mana keputusan ujian tersebut memperolehi keputusan yang sama diatas ujian yang berulang kali. Alat tersebut juga mempunyai kesahan yang tinggi, ini adalah berdasarkan ujian korelasi Pearson dengan nilai kolerasi r=0.983 dan nilai signifikan (t=0.01) antara ujian secara manual dengan ujian menggunakan alat menunjukkan tiada perbezaan di antara kedua-dua ujian tersebut. Data soal selidik juga telah diukur kebolehpercayaannya iaitu 0.862. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dilakasanakan dan cadangan penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi hasil mutu penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10135
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:24
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13222

Actions (login required)

View Item View Item