Tinjauan Perkaitan Di Antara Komposisi Tubuh Badan Dan paras Glukosa Dalam Darah Dengan Kekerapan Senaman mengikut Kategori Umur Dan Jantina

Hasan Basari, Norhidayah and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2011) Tinjauan Perkaitan Di Antara Komposisi Tubuh Badan Dan paras Glukosa Dalam Darah Dengan Kekerapan Senaman mengikut Kategori Umur Dan Jantina. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan di antara komposisi tubuh dan paras glukosa dalam darah dengan kekerapan senaman mengikut kategori umur dan jantina. Seramai 60 orang awam terlibat dalam kajian ini. Subjek lelaki dan perempuan yang berumur di antara 13 hingga 20 tahun dikategorikan sebagai remaja manakala subjek yang berumur 21 tahun keatas dikategorikan sebagai dewasa. Pengukuran komposisi tubuh dijalankan dengan menggunakan alat analisis komposisi tubuh (TANITA, TBF-300, Jepun) manakala sampel darah diambil dari hujung jari untuk menguji paras kandungan glukosa dalam darah dengan menggunakan alatan ACCU-CHEK Perfoma Glocose Analyzer, (Roche Diagnostics, USA). Berdasarkan analisis Ujian Two Independant Sample Test, didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi berat untuk kategori dewasa mengikut jantina. Selain itu, analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang kuat antara paras kandungan glukosa dalam darah dengan kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10134
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:24
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13221

Actions (login required)

View Item View Item