Perkaitan Panjang Tangan Dan Keluasan Tapak Tangan Terhadap Kelajuan Bola Boling Bagi Atlit Boling Malaysia

Ahmad, Aliff and Zainuddin, Zainal Abidin (2011) Perkaitan Panjang Tangan Dan Keluasan Tapak Tangan Terhadap Kelajuan Bola Boling Bagi Atlit Boling Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah berbentuk ekperimental dan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan panjang tangan dan keluasan tapak tangan atlit terhadap kepantasan bola boling yang di baling. Kajian ini dilaksanakan di Megalanes Sunway Piramid. Seramai 8 orang responden (4 lelaki, 4 perempuan) yang terdiri daripada atlit-atlit boling yang mewakili pasukan Malaysia berumur dalam lingkungan 19 hingga 28 tahun telah diambil secara sukarela mengikuti kajian yang dijalankan. Panjang tangan dan luas tapak tangan subjek diukur menggunakan pita ukur dan perakam video digunakan bagi merekod setiap balingan bola yang dilakukan subjek. Seterusnya, video tersebut dianalisis menggunakan perisian Siliconcoach7 untuk mendapatkan kelajuan balingan bola tersebut. Data-data yang telah dikumpulkan daripada pengujian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packege for Social Science (SPSS) 16.0 dan Microsoft Excel 2007 untuk mendapatkan keputusan ujian secara signifikan. Ujian kolerasi Pearson juga digunakan untuk melihat perkaitan panjang tangan dan luas tapak tangan terhadap kelajuan bola dengan aras signifikan ditetapkan pada p f 0.05. Hasil dapatan kajian mendapati tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara panjang tangan dengan kelajuan bola boling ( p = 0.098 ) dimana aras p melebihi aras signifikan iaitu p f 0.05. Walaubagaimanapun terdapat perkaitan yang signifikan antara luas tapak tangan dengan kelajuan bola boling ( p = 0.034 ) dimana aras p lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p f 0.05. Daripada dapatan kajian ini didapati hipotesis Ha1 dan Ho2 di tolak dan hipotesis Ha2 dan Ho1 diterima.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10133
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:24
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13220

Actions (login required)

View Item View Item