Perbandingan Kadar Denyutan Jantung Sebagai Indikator Kecergasan Fizikal Dan Gaya Hidup Bagi pelajar Wanita

Ismail, Ismaliza and Harun, Hafizah (2011) Perbandingan Kadar Denyutan Jantung Sebagai Indikator Kecergasan Fizikal Dan Gaya Hidup Bagi pelajar Wanita. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Memiliki badan yang sihat dan cergas sememangnya menjadi idaman setiap orang sama ada lelaki mahupun wanita. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat perbandingan purata kadar denyutan jantung (KDJ) sebagai indikator kepada tahap kecergasan fizikal dan gaya hidup aktif semasa melakukan aktiviti sebenar (sparring tenis : memukul bola tenis ke dinding) , permainan video interaktif (exergame: Wii Tenis Target Practice) dan aktiviti harian (kawalan) bagi 12 orang pelajar wanita Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. . Umur, berat, tinggi dan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) subjek masing-masing adalah (22.9 + 2.6 tahun; 56.3 +15.9 kg;1.57 + 0.05 m ;22.92 + 2.6). Heart Rate Monitor (Finland model S720i) telah di gunakan untuk menyukat bacaan KDJ subjek semasa melakukan tiga jenis aktiviti fizikal. Data KDJ telah diambil bagi dua fasa iaitu 10 minit untuk setiap sesi dengan sela masa rehat selama 5 minit antara dua fasa. Purata KDJ yang diperolehi di analisis menggunakan perisian excel 2010 dan perisian statistical package for social science 15.0 (SPSS15.0). Analisis ANOVA sehala menunjukkan adalah berbeza secara signifikan bagi purata KDJ aktiviti sparring tenis (M= 132.08+ 9.77 bpm), exergame (M= 112.88 + 14.4 bpm) dan aktiviti harian (M= 81.21+11.69 bpm) ( p< 0.05). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan golongan wanita akan memperolehi manfaat sekiranya bermain exergame berbanding melakukan aktiviti harian sahaja,.walau bagaimanapun, melakukan aktiviti fizikal sebenar adalah lebih bermanfaat kepada fisiologi badan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10121
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:24
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13208

Actions (login required)

View Item View Item