Profil Komposisi Lemak Dalam Badan Dan Prestasi Daya Tahan Kardiovaskular Kanak-kanak Sindrom Down

Abd Majid, Hiedahyatie and Ibrahim, Halijah (2011) Profil Komposisi Lemak Dalam Badan Dan Prestasi Daya Tahan Kardiovaskular Kanak-kanak Sindrom Down. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur Komponen Komposisi lemak dalam badan dan daya tahan kardiovaskular kanak-kanak Sindrom down. Seramai 16 orang subjek terlibat dalam kajian ini (12 orang lelaki, 4 orang perempuan) yang berumur diantara 13 hingga 17 tahun (min=15.58, SP=1.24) diklasifikasikan kepada kumpulan Moderate dan Severe dengan menggunakan ujian McCarron Assessment Neuromuscular Development (MAND) sebagai ujian rujukan kriteria. Komposisi lemak dalam badan diukur menggunakan instrumen Body Composition Analyzer (TANITA TBF-300A) digunakan. Manakala daya tahan kardiovaskular diuji menggunakan Ujian Queen College Step Test. Data mentah dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 dan Statistic Package of Social Science (SPSS) version 16.0. Merujuk kepada manual MAND iaitu Neuromuscular Development Index (NDI), analisis data menunjukkan 50% daripada subjek (N=8) merupakan kumpulan Moderate manakala 50% (N=8) lagi adalah kumpulan severe. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan komposisi lemak dalam badan yang signifikan antara kumpulan moderate dan severe di mana nilai p jisim lemak, indeks jisim badan, jisim tanpa lemak dan jumlah air dalam badan adalah lebih kecil dari aras yang telah ditetapkan p < 0.05. Manakala, tiada perkaitan yang signifikan di antara komposisi lemak dalam badan dan daya tahan kardiovaskular. Pemilihan instrumen mungkin menyumbang kepada dapatan kajian ini. Kesimpulannya, komposisi lemak dalam badan antara kumpulan moderate dan severe adalah berbeza di mana kumpulan moderate lebih cenderung ke arah obesiti dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dua komponen yang diuji iaitu daya tahan kardiovaskular dan juga komposisi lemak dalam badan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10099
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:24
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13186

Actions (login required)

View Item View Item