Rekacipta Instrumen Pemancar Bulu Tangkis Untuk latihan Teknikal Bagi Pukulan Di Jaring Dalam permainan Badminton

Zakaria, Nur Izzati and Mohd Nor, Mohad Anizu (2011) Rekacipta Instrumen Pemancar Bulu Tangkis Untuk latihan Teknikal Bagi Pukulan Di Jaring Dalam permainan Badminton. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Teknologi baru telah menjadikan sukan kini semakin pantas serta perubahan teknologi dalam sukan meliputi kaedah moden dan terkini (Fuss et al., 2007). Namun begitu, latihan teknikal dalam permainan badminton di Malaysia masih menggunakan kaedah manual seperti jurulatih melontarkan bulu tangkis menggunakan tangan secara berulang-ulang. Oleh itu, kajian ini merupakan satu projek merekacipta instrumen iaitu menggunakan teknologi MicroController Unit (MCU), dan Motor Driver untuk digunakan dalam latihan teknikal bagi pukulan di jaring (netting) dalam permainan badminton. Kefungsian instrumen diperolehi melalui penganalisaan video pergerakan bulu tangkis dengan hasil halaju rendah (sisihan piawai 0.7300), halaju tinggi (sisihan piawai 0.24294) dan sudut putaran (sisihan piawai 0.84327). Keupayaan instrumen diperolehi melalui keputusan analisis ujian-t sample berpasangan dengan percubaan statik instrumen adalah lebih tinggi (lebih banyak) secara signifikan berbanding statik manual (M=27.0, SD=2.0000),t(9)=-2.905, p=0.017. Manakala bagi ujian kedua iaitu ujian dinamik instrumen adalah lebih tinggi (lebih banyak) secara signifikan berbanding dinamik manual (M=27.0, SD=1.1547), t(9)=-3.250, p=0.010. Keberkesanan instrumen diuji ke atas lapan orang pemain dan dua orang jurulatih sukan badminton Universiti Teknologi Malaysia. Hasil analisis korelasi antara percubaan kumpulan statik adalah signifikan (percubaan satu dan dua 0.775), (percubaan satu dan tiga 0.732), dan (percubaan dua dan tiga 0.818), manakala analisis korelasi percubaan kumpulan dinamik signifikan (percubaan dua dan tiga), tidak signifikan bagi (percubaan satu dan dua 0.290), dan (percubaan satu dan tiga 0.218). Seterusnya penyelidik mendapatkan persepsi instrumen yang dibangunkan daripada subjek-subjek yang menjalani ujian dengan menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan Croanbach alpa 0.709. Cadangan untuk pengkaji akan datang agar menambahbaik instrumen dengan memperbaiki kaedah dinamik serta meningkatkan kepelbagaian fungsi instrumen seperti memancarkan bulu tangkis dengan pelbagai frekuensi, arah, projectile, dan kelajuan untuk digunakan dalam kawasan merangkumi satu gelanggang badminton.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10098
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:24
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13185

Actions (login required)

View Item View Item