Rekacipta Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan Menggunakan teknologi Sensor Di Dalam Body Protector

Mohd Ashri, Nur Afiqah and Zainuddin, Zainal Abidin (2011) Rekacipta Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan Menggunakan teknologi Sensor Di Dalam Body Protector. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Silat olahraga merupakan silat yang telah di serapkan ke dalam aktiviti bersukan yang melibatkan dua individu berlawan tanpa menggunakan senjata berpandukan kepada peraturan supaya permainan menjadi lebih adil dan selamat. Lakuan pesilat untuk memperoleh mata berlaku dengan pantas kadang kala menyebabkan ralat pada jumlah kiraan mata. Kaedah pemarkahan silat olaharaga dilihat kurang sistematik dalam pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan dalam jiwa pesilat. Rekacipta ini bertujuan mencipta sebuah produk yang dapat membantu juri pertandingan silat olahraga sebagai pemudahcara dalam member markah yang lebih sistematik semasa perlawanan. Penciptaan alat pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body protector yang menggunakan sistem tanpa wayar yang berkos rendah, mesra pengguna dan di perlukan untuk memastikan ketepatan keputusan pertandingan selain membina keyakinan masyarakat terhadap sistem pemarkahan ini. Dalam projek ini, rekacipta bertujuan untuk mengesan tumbukan dan sepakan atlit semasa pertandingan. Rekabentuk ini terdiri daripada dua bahagian penting iaitu penerima isyarat dan penghantar isyarat. Semasa pertandingan, serangan daripada pihak lawan dikesan oleh instrument melalui kesan serangan akan menghasilkan isyarat yang kemudiannya akan di hantar transmitter receiver seterusnya menghasilkan audio dan visual berbentuk LED dan buzzer

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10091
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13178

Actions (login required)

View Item View Item