Faktor Bantuan Kerajaan Yang Meningkatkan Kejayaan usahawan Industri Kecil Dan Sederhana Bumiputera Di sabak Bernam Selangor

Hambali, Mohd Nor Hidayad (2011) Faktor Bantuan Kerajaan Yang Meningkatkan Kejayaan usahawan Industri Kecil Dan Sederhana Bumiputera Di sabak Bernam Selangor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan kejayaan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera. Kajian ini dijalankan di Daerah Sabak Bernam Selangor. Terdapat lima objektif utama untuk kajian ini iaitu mengenalpasti faktor bantuan kewangan, mengenalpasti faktor bantuan latihan, mengenalpasti faktor bantuan perkhidmatan nasihat, mengenalpasti faktor bantuan pemasaran serta mengenalpasti faktor bantuan sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan iaitu menggunakan borang soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan keseluruhan soal selidik ini memperolehi dalam lingkungan nilai 0.8 keatas, manakala kesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) For Windows Version 15.0. Hasil dapatan kajian mendapati ke semua faktor bantuan-bantuan kerajaan iaitu faktor bantuan kewangan dan kredit, faktor bantuan latihan dan pembangunan, faktor bantuan perkhidmatan nasihat dan perundingan, faktor bantuan pemasaran dan peluang perniagaan dan faktor bantuan sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan, dapat membantu meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera dalam menceburi bidang keusahawanan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10079
Subjects: Business and Commerce Education > Business Management Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13166

Actions (login required)

View Item View Item