Fleksibiliti Hamstring Perbandingan Tiga Jenis Regangan terhadap Pemain Ragbi Kebangsaan

Mohd Ludin, Mohd Azli and Harun, Hafizah (2011) Fleksibiliti Hamstring Perbandingan Tiga Jenis Regangan terhadap Pemain Ragbi Kebangsaan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Regangan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan fleksibiliti seseorang atlit. Terdapat tiga jenis regangan yang biasa digunakan oleh atlit iaitu regangan dinamik, regangan statik dan regangan PNF. Tujuan kajian ini adalah untuk melhat regangan yang mana lebih baik untuk meningkatkan fleksibiliti hamstring seseorang atlit. Kajian ini dilakukan terhadap pemain ragbi yang penah mewakili Negara dan yang masih aktif bermain. Ujian jangkauan melunjur telah digunakan untuk melihat jarak jangkauan seseorang atlit ragbi selepas melakukan aktiviti regangan yang ditetapkan. Dalam ujian ini sebanyak tiga kali percubaan akan dilakukan setiap subjek. Apabila data diperolehi, perisian Microsoft Excel dan Statistical Package for Social Science (SPSS 15.0) telah dijadikan perisian untuk menganalisis data. Memandangkan penyelidik ingin membandingkan tiga jenis regangan di dalam kajian ini, maka ujian Paired T-Test digunakan untuk membandingkan antara tiga regangan iaitu regangan dinamik, statik dan PNF. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa perbezaan antara regangan dinamik dan statik menunjukkan tiada perbezaan signifikan. Manakala bagi perbezaan antara regangan dinamik dan PNF terdapat perbezaan signifikan. Bagi perbezaan antara regangan statik dan PNF pula terdapat perbezaan siginifikan. Di sini menunjukkan bahawa regangan PNF lebih baik digunakan untuk meningkatkan fleksibiliti hamstring.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10074
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13161

Actions (login required)

View Item View Item