Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Yang Aktif Ko-kurikulum Dalam Mata Pelajaran Biologi

Ilie Shahira, Eroza and Fatimah, Mohamed (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Yang Aktif Ko-kurikulum Dalam Mata Pelajaran Biologi. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengkaji perhubungan di antara faktor-faktor yangmempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum di mana kajian ini akan melihat bagaimana faktor sikap, corak pembelajaran, persekitaran dan prospek masa depan (kerjaya) pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Penglibatan dalam ko-kurikulum sama ada dalam sukan, unit beruniform atau kelab dianggap cemerlang jika pelajar mewakili sekurang-kurangnya pada peringkat Daerah, Negeri atau Negara. Manakala pengukuran pencapaian akademik adalah berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2008 dalam mata pelajaran Biologi. Keputusan kajian ini mendapati bahawa pelajar yang melibatkan diri dalam ko-kurikulum secara aktif tidak sama sekali menunjukkan kemerosotan dalam pencapaian akademik mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar yang aktif ko-kurikulum mempunyai tanggapan yang positif terhadap faktorfaktor yang diuji. Menurut pelajar, penglibatan dalam ko-kurikulum tidak mendatangkan kesan buruk terhadap pelajaran. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa penglibatan dalam ko-kurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik sekiranya pelajar masih boleh bersikap positif terhadap pelajaran, sentiasa meningkatkan corak pembelajaran, persekitaran sekeliling yang sihat dan mempunyai prospek yang positif terhadap penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum untuk masa hadapan.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1316

Actions (login required)

View Item View Item