Analisis Terhadap Postur Tubuh Murid-murid Sekolah Rendah Sekitar Negeri Johor

Hassan, Mohd Zuhaili and Udin, Amirmuddin (2011) Analisis Terhadap Postur Tubuh Murid-murid Sekolah Rendah Sekitar Negeri Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Postur tubuh merupakan pergerakan-pergerakan antigraviti badan manusia mengikut keseragaman dan kesesuaian sebahagian anggota tubuh seperti otot-otot proksimal sebagaimana otot leher, bahu, pinggul dan juga otot-otot belakang. Postur tubuh ini memainkan peranan penting dalam proses pembesaran seseorang kanak-kanak dari segi biomekanik kerana ia akan memberi kesan negatif ataupun positif ketika dewasa kelak. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pola postur tubuh murid-murid sekolah rendah sekitar negeri Johor yang berumur antara 10-12 tahun. Kajian ini dilaksanakan di tiga buah sekolah yang telah dipilih sekitar negeri Johor di mana ia melibatkan murid-murid lelaki dan juga perempuan tanpa mengira kaum. Kaedah kajian yang dilakukan adalah melalui gambar-gambar yang diambil pada kedudukan yang sesuai untuk dianalisis. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian AutoCAD versi 2009. Hasil kajian ini, menunjukkan terdapat empat jenis pola postur tubuh iaitu normal, thoracic kyphosis, sway back dan lumbar lordosis. Secara umumnya, sebanyak 34 peratus murid-murid lelaki dan perempuan yang mempunyai pola postur tubuh normal dan 66 peratus yang lain menghadapi masalah pola postur tidak normal di mana pola postur tubuh thoracic kyphosis sebanyak 32 peratus sway back sebanyak 22 peratus dan lumbar lordosis sebanyak 12 peratus.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10072
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13159

Actions (login required)

View Item View Item