Pembangunan Perisian Multimedia Berpandukan Pbk Bagi Topik Asas Kimpalan Gas Berteraskan Teori Beban Kognitif

Talib, Mohd Amir and Saud, Muhammad Sukri (2011) Pembangunan Perisian Multimedia Berpandukan Pbk Bagi Topik Asas Kimpalan Gas Berteraskan Teori Beban Kognitif. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perkembangan teknologi komputer dan sistem perisian multimedia telah membawa arus perubahan yang sangat besar sehingga ke dalam sistem pendidikan. Namun dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) masih kurang diperkembangkan. Oleh yang demikian, projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian multimedia berbentuk Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) bagi topik asas kimpalan gas berteraskan Teori Beban Kognitif. Isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan modul Teknologi Woksyop 2, Politeknik. Dengan itu, proses pembangunan perisian multimedia ini adalah dengan menggunakan model rekabentuk pengajaran ADDIE sebagai panduan dan teras dalam membangunkan perisian ini. Data kajian diambil dari dua sumber utama, iaitu melalui pendapat pakar dan borang soal selidik yang diisi oleh pelajar-pelajar setelah pengujian ke atas perisian modul ini dilakukan. Analisis yang diperolehi mendapati bahawa perisian yang telah dibangunkan ini dapat memenuhi keperluan tenaga pengajar dan pelajar dalam P&P. Dimana, pakar sangat bersetuju bahawa modul ini mampu meningkatkan kefahaman pembelajaran bagi matapelajaran teknikal. Dengan terhasilnya perisian ini, masalah yang timbul di dalam kelas teori asas kimpalan gas dapat diatasi dan mampu menjadi pemangkin dalam matapelajaran berbentuk PTV khususnya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10068
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13155

Actions (login required)

View Item View Item