Analisis Notasional Perlawanan Bola Tampar Wanita Di antara Perlawanan Pasukan Universiti Malaysia menentang Pasukan Universiti Thailand Dan Pasukan universiti Malaysia Menentang Pasukan Universiti singapura

Teo, Shi Ling and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2011) Analisis Notasional Perlawanan Bola Tampar Wanita Di antara Perlawanan Pasukan Universiti Malaysia menentang Pasukan Universiti Thailand Dan Pasukan universiti Malaysia Menentang Pasukan Universiti singapura. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor kekuatan dan kelemahan pasukan bola tampar Universiti Malaysia berbanding pasukan bola tampar Universiti Thailand dan pasukan bola tampar Universiti Singapura. Keseluruhannya, 36 orang subjek terlibat dalam kajian ini, dengan masing-masing 12 orang pemain berumur di antara 20 tahun hingga 24 tahun dari pasukan Universiti Malaysia, pasukan Universiti Thailand dan pasukan Universiti Singapura. Kajian ini dijalankan menerusi analisis video perlawanan yang dirakam semasa kejohanan Asean Universitiy Games 2010. Tiga elemen utama yang dianalisis adalah analisis nisbah kerja dan rehat, analisis kemahiran dan analisis taktikal (serangan dan pertahanan) yang menyumbang kepada perolehan mata dan kehilangan mata semasa perlawanan. Analisis perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti Thailand dan pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura mendapati peratusan tertinggi perolehan mata bagi pasukan Universiti Malaysia bagi kedua-dua perlawanan adalah menerusi SPwon (23% dan 31.0%). Dapatan kajian turut mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi semua kemahiran bagi kedua-dua perlawanan kecuali SVlost (p = 0.023) dan unforced error (p = 0.001) bagi perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia dan pasukan Universiti Thailand. Dari aspek taktikal, pasukan Universiti Malaysia mencatatkan peratusan tertinggi bagi taktik serangan Tempo 3 berbanding Tempo 1 bagi pasukan Universiti Thailand. Pasukan Universiti Malaysia juga melakukan lebih banyak taktik pertahanan double block berbanding single block bagi pasukan Universiti Thailand. Namun, tiada sebarang perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua taktik tersebut. Bagi perlawanan di antara pasukan Universiti Malaysia menentang pasukan Universiti Singapura, terdapat perbezaan yang signifikan bagi taktik serangan Tempo 1won (p = 0.029), Tempo 3lost (p = 0.045) dan BDwon (p = 0.020). Kesimpulanya, faktor kekalahan pasukan Universiti Malaysia kepada pasukan Universiti Thailand adalah disebabkan oleh kehilangan mata menerusi kemahiran servis dan banyak melakukan unforced error manakala kemenangan pasukan Universiti Malaysia kepada pasukan Universiti Singapura dipengaruhi oleh keupayaan memperoleh banyak mata menerusi taktik serangan Tempo 1, taktik pertahanan double block dan kelemahan serangan Tempo 3 pasukan Universiti Singapura.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10058
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13145

Actions (login required)

View Item View Item