Kesan Latihan Shadow Play Terhadap Tahap Ketangkasan pemain Futsal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

Ibrahim, Mohd Shahril and Zainuddin, Zainal Abidin (2011) Kesan Latihan Shadow Play Terhadap Tahap Ketangkasan pemain Futsal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Ketangkasan fizikal sangat penting dalam permainan futsal kerana permainan ini memerlukan setiap pemain bergerak dalam pelbagai arah yang berbeza dengan pantas dan tepat. Kajian berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur perubahan tahap ketangkasan pemain-pemain futsal Universiti Teknologi Malaysia selepas menjalani latihan Shadow Play. Kumpulan kawalan akan menjalani latihan rutin seperti biasa tanpa diberi program latihan tambahan dalam aktiviti mereka. Subjek terdiri daripada 12 orang pemain Futsal UTM dalam lingkungan umur 19 tahun hingga 26 tahun. Seterusnya, tahap ketangkasan pra dan pos diuji dengan menggunakan Ujian Ketangkasan SEMO, Ujian Ketangkasan Illinois dan Ujian Kepantasan Shuttle Run. Latihan Shadow Play selama 5 minggu yang melibatkan empat stesen dengan lakuan berlari pecut ke hadapan, berlari sisi dan mengundur telah diberikan, di mana pada setiap stesen subjek perlu melakukan kemahiran yang berbeza di kon seperti lari lutut tinggi ke hadapan, lari lutut tinggi ke sisi kanan, lari lutut tinggi ke sisi kiri, membuat zig- zag ke hadapan, membuat zig- zag ke belakang dan lompat hadapan lutut tinggi ke dada. Data pre dan pasca yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2007. Keputusan yang diperoleh menolak hipotesis (Ho). Dapatan kajian ini menunjukkan bagi ujian Illinois terdapat perbezaan yang tidak signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pre p = 0.99 , p < 0.05, manakala bagi ujian pasca terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.01 , p < 0.05. Bagi ujian SEMO, dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang tidak signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pre p = 0.31, p < 0.05, manakala bagi ujian pasca terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.00, p < 0.05. Bagi ujian Shuttle Run pula, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pre dan ujian pasca diantara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan p = 0.87 , p < 0.05 bagi ujian pre dan p = 0.33, p < 0.05 bagi ujian pasca. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa latihan Shadow Play berpotensi dalam membantu meningkatkan ketangkasan fizikal pemain futsal. Justeru itu, diharapkan latihan Shadow Play ini dapat dijadikan sebagai vii alternatif baru untuk mempelbagaikan kaedah latihan futsal dalam usaha mengekalkan dan meningkatkan ketangkasan pada tahap yang maksimum.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10057
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13144

Actions (login required)

View Item View Item