Budaya Tekno-dai Dalam Kalangan Mahasiswa : satu Kajian Di Fakulti Pendidikan, universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Yahya, Muhammad Fais (2011) Budaya Tekno-dai Dalam Kalangan Mahasiswa : satu Kajian Di Fakulti Pendidikan, universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini sama ada media elektronik mahupun media cetak, para pendakwah khususnya dalam kalangan mahasiswa harus meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan menguasai teknologi (ICT) sebagai salah satu pendekatan dakwah semasa. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi, kepekaan mahasiswa dan faktor-faktor yang membentuk perkembangan budaya tekno-dai dalam kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan, UTM khususnya kepada mahasiswa tahun akhir 4 SPI. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 68 orang. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 51 item soalan telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences 15.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah = 0.847. Objektif pertama berkaitan persepsi mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-dai mendapat nilai min yang tinggi iaitu 4.29. Manakala, objektif kedua mengenai kepekaan mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-dai juga mendapat nilai min yang tinggi iaitu 4.11. Objektif ketiga pula berkaitan faktor-faktor yang membentuk perkembangan budaya tekno-dai dalam kalangan mahasiswa, juga memperolehi nilai min yang tinggi iaitu 4.13. Pada akhir kajian disertakan cadangan khususnya kepada mahasiswa agar menguasai teknologi ICT dan menitikberatkan penyebaran dakwah kepada seluruh umat manusia. Kesimpulannya, harapan penyelidik agar kajian yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat yang baik kepada semua pihak.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10048
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13135

Actions (login required)

View Item View Item