Teachers Belief In Computer Technology Integration In English Teaching And Learning

Jayne, Lim Jiaing and Hassan, Hanita (2011) Teachers Belief In Computer Technology Integration In English Teaching And Learning. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perkembangan evolusi teknologi komputer telah mengubah suasana pembelajaran di bilik darjah kerana komputer semakin menjadi alat pengajaran yang berkesan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, guru diharapkan untuk mengintegrasikan teknologi komputer secara inovatif dalam pengajaran. Akan tetapi, teknologi komputer masih belum diintegrasikan dengan sepenuhnya. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepercayaan guru terhadap integrasi komputer dan kaitannya terhadap pembelajaran bilik darjah, faktor yang mempengaruhi kepercayaan guru dan mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru dalam integrasi komputer. Kajian ini telah melibatkan seramai 50 orang guru bahasa Inggeris yang berpengalaman dan sedang melanjutkan pelajaran di UTM. Berpandukan soal selidik yang telah dijalankan, didapati dua faktor yang mempengaruhi kepercayaan guru: pengalaman guru dan kuasa guru. Majoriti respondent menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengalaman positif dalam integrasi komputer ketika pengajaran dan pengalaman positif menghasilkan integrasi. Selanjutnya, kajian ini juga menunjukkan bahawa guru mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menentukan pembelajaran bilik darjah yang berpadanan dengan kepercayaan guru terhadap integrasi komputer. Namun, secara umumnya, guru berpendapat bahawa integrasi teknologi komputer di sekolah masih rendah. Lima halangan umum yang menyekat integrasi adalah: sokongan kewangan, sumber komputer dan perisian, masa, kamahiran teknikal dan teori, penerimaan perubahan. Semua yang demikian bersama dengan kepercayaan guru akan menentukan integrasi teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 10045
Subjects: Linguistics Education > TESL
Educational Technology > Computer Aided Learning
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13132

Actions (login required)

View Item View Item