Pembangunan Bahan Multimedia Penceritaan Kanak-kanak Tupi Dan Tiki

Hawari, Norazrin and Idris, Abdul Razak (2011) Pembangunan Bahan Multimedia Penceritaan Kanak-kanak Tupi Dan Tiki. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Projek ini adalah menghasilkan bahan multimedia penceritaan kanak-kanak bertujuan untuk menyediakan satu alternatif kepada buku besar yang selalu digunakan oleh guru dalam aktiviti bercerita di tadika dan pra sekolah. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini diadaptasi dari sebuah buku cerita yang bertajuk Tupi dan Tiki terbitan DBP. Ia menyediakan dua pilihan iaitu versi penceritaan penuh dan versi penceritaan separa. Versi separa adalah sama dengan versi penuh tanpa suara pencerita asalnya. Ini memberi peluang kepada pencerita menggunakan kreativiti masing-masing menyampaikan cerita tersebut berasaskan jalan cerita yang telah disediakan. Versi separa ini akan menjadikan sesi bercerita lebih seronok dan mencabar. Reka bentuk pembangunan bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini adalah berdasarkan model ADDIE yang melibatkan lima fasa pembangunan iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash Professional 8 dan dibantu dengan perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2 dan Sony Sound Forge 7.0 serta disokong oleh sistem pengoperasian Microsoft Windows XP bagi menghasilkan bahan multimedia yang interaktif. Bercerita dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka Justeru itu, dengan adanya bahan multimedia ini diharapkan dapat membantu guru dan juga kanak-kanak ketika proses bercerita secara optimum yang secara tidak langsung membangunkan ciri-ciri positif pada kanak-kanak.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09858
Subjects: Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:23
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12951

Actions (login required)

View Item View Item