Keberkesanan Penggunaan Modul Nota Mitosis Dan Meiosis Dan Sikap Pelajar Terhadap Penggunaannya Bagi Biologi Tingkatan 4

Nur Fazirah, Rahim and Eng Tek, Ong (2008) Keberkesanan Penggunaan Modul Nota Mitosis Dan Meiosis Dan Sikap Pelajar Terhadap Penggunaannya Bagi Biologi Tingkatan 4. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Perkembangan Sains dan Teknologi telah banyak membawa perubahan kepada dunia pendidikan. Penggunaan kaedah pengajaran bermodul merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Biologi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk megenalpasti keberkesanan modul yang berbentuk nota bagi topik Mitosis dan Meiosis iaitu sebagai kaedah pembelajaran bermodul berbanding buku teks dan menguji sejauh manakah penggunaan modul boleh mempengaruhi skor pre-testdan post-test sebagai pembolehubah yang bergerakbalas dalam menilai pencapaian akademik pelajar Biologi Tingkatan empat. Seramai 60 orang pelajar tingkatan empat telah digunakan sebagai sampel iaitu daripada dua kelas di mana setiap kelas mewakili setiap kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu hanya berbantukan buku teks manakala kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan modul yang berbentuk nota di samping penggunaan buku teks. Kajian ini menggunakan pre-test, post-test dan juga soal selidik sebagai instrument kajian. Penganalisaan data secara kuantitatif dibuat menggunakan SPSS dan Microsoft Excel iaitu dalam bentuk graf dan jadual. Hipotesis Null diuji dengan menggunakan ujian-t. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian skor pelajar bagi penggunaan modul berbentuk nota dengan pengajaran secara konvensional. Penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul juga adalah positif. Kajian ini menunjukkan pengajaran bermodul amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga boleh meningkatkan pencapaian pelajar.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1293

Actions (login required)

View Item View Item