Masalah Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Daerah Pasir Gudang Dalam Tajuk Statistik Iii

Mohd Izani, Nor Ilianie and Bakar, Md Nor (2011) Masalah Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Daerah Pasir Gudang Dalam Tajuk Statistik Iii. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah pembelajaran matematik di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Pasir Gudang dalam tajuk Statistik III. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah pelajar dalam pembelajaran tajuk Statistik III. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji cara-cara mengatasi masalah dalam pembelajaran dan pengajaran Statistik III. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah Ujian Diagnostik Statistik III dan soalan temubual sebagai data sokongan. Seramai 105 orang pelajar tingkatan 4 daripada tiga buah sekolah di daerah Pasir Gudang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian keseluruhan pelajar dalam tajuk Statistik III adalah tidak memuaskan. Terdapat empat subtopik daripada enam subtopik yang kurang dikuasai oleh pelajar iaitu Histogram Selang Kelas Sama Saiz, Poligon Kekerapan, Kekerapan Longgokan dan Sukatan Serakan. Terdapat pola-pola kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam setiap subtopik yang diuji. Pola kesilapan yang paling ketara ialah melukis poligon kekerapan, ogif dan histogram serta penyelesaian masalah berdasarkan ogif dan histogram.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09814
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12907

Actions (login required)

View Item View Item