Masalah Pembelajaran Matematik Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kluang Dalam Trigonometri

Seman, Muhammad Firdaus and Bakar, Md Nor (2011) Masalah Pembelajaran Matematik Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kluang Dalam Trigonometri. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti masalah pelajar dalam pembelajaran topik trigonometri. Kajian ini telah dijalankan terhadap 124 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol di daerah Kluang, Johor. Instrumen kajian adalah set soalan ujian diagnostik dan soalan-soalan temubual. Segala maklumat kualitatif dan kuantitatif diperolehi daripada ujian diagnostik bertulis dan sesi temubual bersama pelajar terpilih yang dianalisis secara deskriptif dengan mencari frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai kelemahan yang sangat ketara dalam penentuan nilai negatif atau positif bagi sesuatu sukuan. Selain itu, pelajar juga didapati lemah dalam asas pengiraan trigonometri disebabkan penguasaan konsep-konsep asas yang masih lemah. Dari segi pengiraan berbentuk aplikasi nisbah trigonometri, pelajar dilihat belum mampu untuk memanipulasi maklumat-maklumat awal dengan baik untuk digunakan dalam penyelesaian masalah mereka. Antara cadangan pemulihan yang dikemukakan bagi tajuk ini adalah memperkenalkan konsep nemonik iaitu kaedah memahami dan mengingati rumus dan juga konsep berdasarkan cerita atau perkataan. Selain itu, konsep imej dicadangkan sebagai jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam kemahiran bentuk graf dan juga theorem Pythagoras. Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu pelajar dan guru dalam mengatasi masalah pembelajaran dan pengajaran yang berkaitan dengan tajuk Trigonometri. Selain itu, kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk kajian yang akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09813
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12906

Actions (login required)

View Item View Item