Masalah Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu Di Daerah Kluang Dalam Topik Integer

Zakaria, Mohammad Sopian and Bakar, Md Nor (2011) Masalah Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu Di Daerah Kluang Dalam Topik Integer. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini telah dilaksanakan bagi mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan satu dalam pembelajaran matematik bagi topik integer. Masalah-masalah dalam topik integer dikenalpasti dan dihuraikan secara terperinci mengikut bahagianbahagiannya mengikut sukatan pelajaran matematik tingkatan satu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Seramai 120 orang pelajar dari tiga buah sekolah telah diambil sebagai responden kajian ini. Segala maklumat yang diperlukan telah dikumpulkan dengan cara mengemukakan set soalan ujian diagnostik untuk maklumat kuantitatif dan secara sesi temubual untuk maklumat kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahagian dalam topik integer yang bermasalah dalam pelajar menguasainya dan memerlukan usaha penekanan yang lebih diberikan oleh guru matematik bagi membantu pelajar menghadapi masalah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan 4 permasalahan utama yang dihadapi pelajar dalam menguasai topik integer ialah kemahiran pengaplikasian konsep garis nombor dalam operasi penambahan dan penolakan antara integer, operasi penolakan antara integer terutamanya dua bentuk penolakan dimana bentuk yang pertama iaitu integer pertamanya bertanda - dengan integer kedua yang bertanda + dan bentuk penolakan yang kedua dimana integer pertamanya melibatkan integer bertanda - ditolakkan dengan integer kedua yang bertanda - juga. Seterusnya ialah kemahiran membuat perbandingan nilai antara dua integer terutamanya dalam membuat perbandingan nilai antara dua integer yang mempunyai tanda yang sama iaitu apabila kedua-duanya adalah integer - dan yang terakhir sekali operasi penambahan antara vi integer terutamanya dalam dua bentuk penambahan integer dimana bentuk pertama iaitu integer pertamanya adalah integer bertanda - ditambahkan dengan integer kedua juga bertanda - dan bentuk kedua dimana integer pertamanya bertanda - ditambahkan dengan integer keduanya betanda + . Bagi mengatasi permasalahan yang wujud, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian berbentuk kaedah atau teknik dan juga penyelesaian dalam bentuk bahan bantu mengajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09812
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12905

Actions (login required)

View Item View Item