Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Tajuk Keberangkalian Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5

Sia Chung, Kheong and Bakar, Md Nor (2011) Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Tajuk Keberangkalian Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar Daerah Kluang. Kajian ini menfokuskan kepada dua persoalan kajian. Kajian sebenar pula melibatkan seramai 170 orang responden dari tiga buah sekolah menengah di sekitar Kluang iaitu Sekolah Menengah Tinggi Kluang, Sekolah Menengah Kluang Barat dan Sekolah Menengah Sri Lalang, Kluang dengan mengedarkan instrumen kajian iaitu soalan ujian diagnostik tajuk Kebarangkalian. Temu bual juga dilakukan ke atas lima orang pelajar sekolah menengah yang dipilih. Ujian diagnostik disemak dan data dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan SPSS 15.0 for Windows Evaluation Version ff. Analisis yang dibuat dalam bentuk min, peratusan dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan pelajar dalam tajuk kebarangkalian masih pada tahap yang sederhana dan perlu diperbaiki. Kebanyakkan pelajar yang tidak dapat menjawab soalan kebarangkalian dengan tidak menulis sebarang jawapan. Pemahaman konsep kebarangkalian juga masih pada tahap yang lemah. Selain itu, pelajar juga lemah dalam penggunaan simbol tatatanda set. Masalah dari segi pengiraan yang tidak tepat juga menjadi punca utama kesilapan pelajar dalam kebarangkalian. Dari segi penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu memilih jenis peristiwa yang berlaku serentak dan peristiwa yang tidak berlaku serentak. Antara cadangan pemulihan untuk tajuk ini adalah pemahaman konsep kebarangkalian daripada eksperimen dan memperkenalkan konsep peristiwa dengan menggunakan dadu. Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu pelajar dan guru. Dalam mengatasi masalah pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk Kebarangkalian. Selain itu, kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk kajian yang akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09811
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12904

Actions (login required)

View Item View Item