Masalah Pembelajaran Matematik Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Batu Pahat Dalam Tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra

Che Omar, Ahmad Shahrulazhar and Bakar, Md Nor (2011) Masalah Pembelajaran Matematik Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Batu Pahat Dalam Tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan empat dalam pembelajaran matematik bagi topik Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra. Masalah- masalah dalam topik Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra dikenalpasti dan dihuraikan secara terperinci mengikut bahagian-bahagiannya seperti mana yang telah ditetapkan di dalam sukatan pelajaran matematik tingkatan empat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Seramai 91 orang pelajar dari tiga buah sekolah berbeza di daerah Batu Pahat telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Maklumat- maklumat yang diperlukan telah dikumpulkan dengan menggunakan dua kaedah. Kaedah yang pertama adalah dengan mengedarkan set soalan ujian diagnostik untuk mendapatkan maklumat kuantitatif dan kaedah kedua adalah sesi temubual untuk mendapatkan maklumat kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahagian dalam topik Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra yang bermasalah untuk dikuasai pelajar dan memerlukan usaha yang lebih oleh guru matematik bagi membantu pelajar menghadapi masalah tersebut. Antara masalah yang telah dikenalpasti dan memerlukan perhatian yang serius dalam kajian ini ialah masalah penguasaan pengetahuan sedia ada seperti masalah yang melibatkan teorem Pithagoras dan penggunaan hukum tan , sin dan kos di dalam proses pembelajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09810
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12903

Actions (login required)

View Item View Item