Rekacipta Alat Koordinasi Menggelecek Bola Keranjang Berelektronik Bagi Ujian Kecergasan Fizikal

Othman, Azrinie and Mohd Nor, Mohad Anizu (2010) Rekacipta Alat Koordinasi Menggelecek Bola Keranjang Berelektronik Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah projek berlandaskan konsep rekacipta alat untuk ujian koordinasi mata-tangan menggelecek bola keranjang. Ujian ini merupakan salah satu komponen kecergasan berasaskan kemahiran. Komponen ini adalah penting dalam sukan kerana koordinasi ialah keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan dan sentuhan secara serentak bagi menghasilkan pergerakan badan yang tepat. Alat koordinasi mata-tangan menggelecek bola keranjang berelektronik ini direkacipta menggunakan teknologi sensor pijakan. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan dalam menentukan kesahan ujian ini bagi mengurangkan ralat bacaan yang biasa dilakukan menggunakan kaedah manual. Instrumen diuji ke atas 40 orang siswazah Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) bagi mendapatkan persepsi mereka terhadap alat ini melalui pengedaran borang soalselidik, manakala 10 orang daripadanya dipilih melakukan pengujian bagi melihat keberkesanan sensor. Kamera digital digunakan untuk merakam lakuan yang betul dan tepat, seterusnya data-data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Microsoft Word 2007. Skala Likert digunakan bagi mendapatkan kekerapan dalam peratusan. Hasil dari kajian menunjukkan jenis sensor yang digunakan berkesan untuk mengesan masa menggelecek bagi mengurangkan ralat bacaan. Sampel juga boleh menjalani ujian tersebut tanpa bantuan rakan sepertimana kaedah manual yang biasa dilakukan. Instrumen ini juga boleh digunakan di kawasan dalam atau luar dewan kerana mempunyai dua sumber tenaga yang dibekalkan iaitu penggunaan adapter dan bateri berkapasiti 9 Voltan. Penyelidik mencadangkan bagi penyelidikan akan datang dapat melakukan penambahbaikan semula alat ini dari segi penggunaan sensor yang lebih berteknologi tinggi, rekabentuk yang lebih kreatif dan tambahan audio agar hasil kajian nanti lebih berkualiti bagi memenuhi keperluan bidang sukan ke peringkat yang lebih tinggi.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09773
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12868

Actions (login required)

View Item View Item