Kesan Alat Senaman Pernafasan Blow Ball Terhadap Kapasiti vital Di Kalangan Atlet Universiti Teknologi Malaysia, skudai, Johor.

Mohd Najib, Ahmad Yasser Arafat and Omar, Abdul Hafidz (2010) Kesan Alat Senaman Pernafasan Blow Ball Terhadap Kapasiti vital Di Kalangan Atlet Universiti Teknologi Malaysia, skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan alat senaman pernafasan blow ball ke atas kapasiti vital di kalangan atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kajian ini dijalankan ke atas dua belas orang subjek yang terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kajian dan kumpulan kawalan. Kumpulan kajian akan menjalani latihan rutin dan ditambah program latihan menggunakan alat senaman pernafasan blow ball sebanyak dua belas sesi selama empat minggu. Kumpulan kawalan akan menjalani latihan rutin seperti biasa tanpa diberi program latihan tambahan dalam aktiviti mereka. Ujian makmal digunakan untuk mengukur kapasiti vital dan diuji menggunakan Biopac Student Lab MP30 (Pulmonary Function 1). Data mentah yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS 11.5 (Statistical Packages For Social Science) dan Microsoft Office Excel 2007. Hipotesis kajian diuji dengan menggunakan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti vital ujian pra dan ujian pos kumpulan kajian p = 0.001, p < 0.005. Oleh yang demikian Ho1 ditolak. Kumpulan kawalan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti vital ujian pra dan ujian pos p = 0.884, p 0.05. Oleh itu, Ho1 diterima. Subjek lelaki di dalam kumpulan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti vital ujian pra dan ujian pos p = 0.091, p 0.05 maka Ho2 diterima. Kapasiti vital ujian pra dan ujian pos bagi subjek perempuan di dalam kumpulan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan p = 0.015, p < 0.05. Oleh itu, Ha2 diterima. Subjek lelaki dan perempuan di dalam kumpulan kawalan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti vital ujian pra dan ujian pos p = 0.813 dan p = 0.552 dengan kedua-dua nilai p 0.05 maka Ha2 diterima. Kesimpulannya alat senaman pernafasan blow ball dan program latihan pernafasan adalah releven untuk dijadikan satu alternatif dalam program latihan. Ia boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan keupayaan paru-paru dan kapasiti vital di kalangan atlet. Cadangan untuk pengkaji akan datang agar aspek-aspek seperti pemilihan sampel, penggunaan alat pengujian pernafasan dan program latihan pernafasan diperkemaskan baik dari segi perlaksanaan dan pentadbiran ujian.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09772
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12867

Actions (login required)

View Item View Item