Kebimbangan Luaran Dan Dalaman Peserta Larian 100 Jam tanpa Henti Malaysian Book Of Records, universiti Teknologi Malaysia

Tuan Muda, Tuan Sarifah Nor and Mohd Nor, Mohad Anizu (2010) Kebimbangan Luaran Dan Dalaman Peserta Larian 100 Jam tanpa Henti Malaysian Book Of Records, universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kebimbangan merupakan perasaan yang terlalu subjektif hingga membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya. Kebimbangan merupakan gabungan antara kesan fisiologikal dan psikologikal yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh seseorang individu terhadap sesuatu situasi dan ianya terbahagi kepada dua iaitu kebimbangan luaran dan kebimbangan dalaman. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kebimbangan luaran dan dalaman di kalangan peserta larian 100 jam tanpa henti, Universiti Terknologi Malaysia (UTM). Sampel yang dipilih bagi kajian ini ialah di kalangan pelajar Program Sains Sukan iaitu seramai 42 orang sahaja. Kajian ini dijalankan di UTM, Skudai. Semua data dan skor yang berkaitan dengan kajian diperolehi melalui set soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Dua jenis alat pengukur kebimbangan digunakan iaitu State-Trait Anxiety Inventory (STAI) dan Sport Competitive Anxiety Test (SCAT). Keputusan kajian menunjukkan nilai min keseluruhan bagi kebimbangan luaran adalah sebanyak 2.27 manakala bagi kebimbangan dalaman adalah sebanyak 2.38. Hasil kajian mendapati bahawa peserta larian mengalami kebimbangan dalaman yang lebih tinggi berbanding kebimbangan luaran. Strategi yang berkesan dan sesuai perlu dirancang secara bijak mengikut kesesuaian keupayaan dan kemampuan peserta larian dalam menangani masalah kebimbangan dalam diri mereka. Justeru itu, tanggungjawab mengawal perasaan dan aspek mental bergantung kepada diri mereka sendiri.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09769
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12864

Actions (login required)

View Item View Item