Pengaruh Tiga Protokol Regangan Pada Otot sternocleidomastoid Melalui Aktiviti Electromyography (emg)

Daubi, Suhaimi and Harun, Hafizah (2010) Pengaruh Tiga Protokol Regangan Pada Otot sternocleidomastoid Melalui Aktiviti Electromyography (emg). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat pengaruh tiga protokol regangan pada otot sternocleidomastoid melalui aktiviti electromyography (EMG). Seramai lima orang subjek lelaki dengan min dan sisihan piawai bagi umur 23.80.98 tahun dan berat badan 65.26.37 kg terlibat dalam kajian ini. Data diambil daripada bacaan aktiviti EMG yang dipasang pada otot sternocleidomastoid dan direkod semasa subjek melakukan regangan; (i) statik (SS), (ii) statik-antagonis (ASS), (iii) dinamik (DS). Protokol tiga regangan melibatkan tiga gerakan yang berbeza; (i) ke arah sisi (lateral), (ii) ke arah atas (extension), (iii) ke arah bawah (flexion) pada bahagian leher dalam mendapatkan bacaan EMG. One way Anova menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) semasa subjek melakukan regangan DS ke arah atas dan regangan ASS ke arah bawah. Dapatan kajian menunjukkan DS arah atas (0.02240.0089 mV) lebih tinggi bacaan EMG berbanding SS dan ASS. Manakala bacaan EMG ASS arah bawah (0.03260.0119 mV) lebih tinggi berbanding SS dan DS. Sebaliknya regangan SS, ASS dan DS tidak menunjukkan perbezaan signifikan pada bacaan EMG semasa gerakan ke sisi kerana p 0.05. Berdasarkan keputusan aktiviti EMG, dicadangkan DS sesuai dilakukan dalam aktiviti regangan pada otot sternocleidomastoid semasa gerakan ke arah sisi (lateral) dan ke arah atas (extension). Manakala, ASS pula regangan yang sesuai dilakukan semasa meregang ke arah bawah (flexion) dalam melakukan regangan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09768
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12863

Actions (login required)

View Item View Item