Kesan Aktiviti Tekan Tubi Berbeza Bukaan Tangan terhadap Penglibatan Aktiviti Otot Menggunakan electromyography (emg)

Shapiei, Razmal and Zainuddin, Zainal Abidin (2010) Kesan Aktiviti Tekan Tubi Berbeza Bukaan Tangan terhadap Penglibatan Aktiviti Otot Menggunakan electromyography (emg). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tekan tubi ialah kemahiran membengkokkan siku dengan badan berkedudukan lurus dan naik semula secara berterusan untuk menguatkan otot-otot di bahagian atas badan. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan aktiviti tekan tubi berbeza bukaan tangan terhadap penglibatan aktiviti otot. Seramai empat orang subjek terlibat dalam kajian ini dengan min dan sisihan piawai umur, berat dan tinggi (24.5 1.12 tahun), (69.5 11.86 kg), (169 3.94 cm). Subjek dikehendaki melakukan aktiviti tekan tubi dengan bukaan tangan kecil (95), sederhana (105) dan besar (120) menggunakan alat tekan tubi Helmas. Subjek perlu melakukan tiga kali pengulangan bagi setiap bukaan tangan untuk aktiviti otot deltoid, pektoralis major dan trisep dimana otot-otot ini akan dilekatkan dengan menggunakan elektrod Electromyography (EMG) dan data akan diambil berdasarkan bacaan nilai (EMG) maksimum. One way ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p0.05) bagi bukaan tangan kecil dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p0.05) bagi bukaan sederhana dan bukaan besar terhadap penglibatan maksimum aktiviti otot deltoid, pektoralis major dan trisep. Dapatan kajian bagi bukaan kecil menunjukkan hubungan antara otot trisep dengan otot pektoralis major dan deltoid adalah signifikan dengan nilai p = 0.002 dan p = 0.043, (p0.05), manakala hubungan antara otot pektoralis major dengan otot deltoid adalah tidak signifikan pada aras p0.05. Bagi bukaan sederhana dan besar pula hubungan antara setiap otot adalah tidak signifikan (p0.05). Justeru itu, aktiviti tekan tubi berbeza bukaaan tangan iaitu melalui bukaan tangan kecil dapat memberikan penglibatan aktiviti otot trisep yang tinggi. Manakala tekan tubi melalui bukaan sederhana dan besar menunjukkan penglibatan setiap aktiviti otot ( trisep, deltoid dan pektoralis major) adalah berada pada tahap yang sama.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09766
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12861

Actions (login required)

View Item View Item