Reka Cipta Alat Mudah Alih Bagi Mencari Bakat melalui Ujian Ketangkasan

Zainal, Zaharudin and Omar, Abdul Hafidz (2010) Reka Cipta Alat Mudah Alih Bagi Mencari Bakat melalui Ujian Ketangkasan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta alat protable Agility kit yang digunakan untuk menguji ketangkasan didalam ujian kecergasan. Alat ini menggunakan teknologi elektronik yang dapat mengira kekerapan lompatan secara (zig zag) seperti ujian kuadran dalam masa 10 saat. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat kebolehpercayaan dan kesahan alat Protable Agility kit dalam menguji tahap ketangkasan seseorang didalam ujian kecergasan. Selain daripada itu, penyelidik juga mendapat persepsi responden seramai 80 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bandar Penawar terhadap kebaikan alat ini. Mereka ini semuanya terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu dari pelbagai bidang sukan. Data ujikaji tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Microsof excel berdasarkan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa alat agility protable kit tersebut mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan didalam menguji tahap ketangkasan seseorang. Alat tersebut dikatakan mempunyai kebolehpercayan yang tinggi, ini adalah berdasarkan daripada ujian ulang uji, yang mana keputusan ujian tersebut memperolehi keputusan yang sama diatas ujian yang berulang kali. Alat tersebut juga dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi, ini adalah berdasarkan ujian t-test tidak bersandar keatas ujian secara manual dengan ujian menggunakan alat yang mana tiada perbezaan di antara kedua-dua ujian tersebut. Dapatan tersebut juga menunjukkan alat tersebut dapat menentukan jenis-jenis permainan yang mempunyai tahap ketangkasan yang tinggi dimana menunjukkan bahawa permainan hoki mempunyai tahap ketangkasan yang tinggi. Alat yang direkacipta oleh penyelidik ini juga telah mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bandar Penawar. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dilakasanakan dan cadangan penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi hasil mutu penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09765
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12860

Actions (login required)

View Item View Item