Persepsi Pelajar Dan Guru Terhadap Pendidikan Jasmani Dan pemakaian Pakaian Sukan Ketika Pendidikan Jasmani Di sekolah Menengah Di Zon Batu Caves Selangor Darul Ehsan

Abu Bakar, Norbaizura and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2010) Persepsi Pelajar Dan Guru Terhadap Pendidikan Jasmani Dan pemakaian Pakaian Sukan Ketika Pendidikan Jasmani Di sekolah Menengah Di Zon Batu Caves Selangor Darul Ehsan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi pelajar dan guru terhadap Pendidikan Jasmani dan isu pemakaian pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah di sekitar Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Dalam kajian ini, soal selidik diedarkan kepada 359 orang pelajar tingkatan empat dan 231 orang guru yang merangkumi lapan buah sekolah di zon tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih 60% pelajar berminat terhadap kelas Pendidikan Jasmani dan dapatan ini berpadanan dengan maklum balas guru di mana 80.9% guru berpendapat pelajar seronok semasa kelas Pendidikan Jasmani dijalankan. Namun, segelintir pelajar (36.2%) menyatakan bahawa mereka malas untuk memakai pakaian sukan ketika kelas Pendidikan Jasmani tetapi 78.8% guru berpendapat malas merupakan salah satu faktor pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani. Selain itu, punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani adalah kekangan masa dan kemudahan penyalinan pakaian sukan. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa pelajar berminat untuk melibatkan diri dalam Pendidikan Jasmani tetapi faktor sikap, kekangan masa dan kurang bilik persalinan pakaian sukan merupakan antara punca pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09764
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12859

Actions (login required)

View Item View Item